Zoo Melaka, yang terletak di Ayer Keroh, adalah salah satu
tempat tarikan utama pengunjung berikutan kedudukannya yang strategik, iaitu di
Lebuh Ayer Keroh, jalan utama yang menghubungkan Melaka dengan Lebuhraya
Utara-Selatan. Zoo ini dianggap sebagai salah sebuah zoo yang tertua di
Malaysia dan ianya menjadi kediaman pelbagai spesies binatang yang kini diancam
kepupusan
Antara binatang yang boleh didapati di zoo ini termasuklah
Panda Merah, binatang dari keluarga panda tetapi berlainan dari panda yang
sering dikaitan dengan simbol negara China. Selain dari menyaksikan binatang
yang dikurung di dalam kandang, pengunjung juga boleh menikmati keseronokan
menaiki gajah atau kuda, yang mana sering menjadi kegemaran pengunjung muda zoo.
0 comments:
Post a Comment