SURAT KIRIMAN RASMI
1.
Surat kiriman rasmi ditulisnuntuk tujuan rasmi
dengan menggunakan bahasa yang baik dan bukan bahasa kiasan
2.
Surat kiriman rasmi biasanya ditulis untuk
membuat permohonan pesanan, rayuan, aduan, dan sebagainya
3.
Karangan jenis ini merupakan karangan berformat
dan tanda baca amat penting untuk diberikan perhatian semasa menulis karangan
FORMAT KARANGAN
1.
Nama Jawatan / kelan dan alamat pengirim
ditulis dengan jelas di sebelah kiri
2.
Satu garisan panjang ( melintang ) perlu dibuat
selepas nama dan alamat pengirim
3.
Nama dan alamat penerima ditulis langkau
sebaris daripada garisan. Kedudukan nama dan alamat adalah di sebelah kiri dan
baris terakhir alamat penerima perlu digaris
4.
Tarikh ditulis dengan huruf besar dan diakhiri
dengan tanda nokhtah. Kedudukan tarikh adalah di sebelah kanan surat dan selari
dengan baris terakhir alamat penerima
5.
Kata ganti nama seperti Tuan/ Puan/ Cik/ Encik
perlu ditulis dan diakhiri dengan tanda koma sebelum menulis tajuk / tujuan surat.
6.
Tajuk / tujuan surat ditulis dan perlu
digariskan
7.
Penutup ditulis dengan ucapan terima kasih
8.
Tandatangan, nama ( ditulis dengan huruf besar
) dan jawatan ditulis di bahagian kiri surat.
0 comments:
Post a Comment