SINONIM
Pilih perkataan yang sama maksud dengan
perkataan yang bergaris.
1 Bunga mawar yang ditanam oleh emaknya di taman itu sedang
mekar.
A layu
B hidup
C kuncup
D kembang
2 Puan Hasnah merupakan seorang wanita yang tabah menghadapi
dugaan.
A kuat
B berani
C gentar
D kasar
3 Ketika fajar menyinsing, kedengaran bunyi kicauan
burung dan kokokan ayam
dari desa itu.
A petang
B senja
C malam
D subuh
4 Hasnul tidak dapat tidur nyenyak semalam kerana
diganggu nyamuk.
A leka
B lena
C mudah
D selesa
5 Kucing ialah binatang yang boleh melihat dengan terang
pada waktu malam.
A sepi
B nyata
C jelas
D kabur
6 Pasar malam menjadi sunyi apabila malam semakin
larut.
A riuh
B hiba
C tenang
D lengang
7 Keluarga Khalidi memberi dorongan kepadanya untuk
berjaya.
A sumbangan
B cadangan
C hasutan
D galakan
8 Encik Jamali menunaikan amanat datuk dengan
sebaik-baiknya.
A wasiat
B arahan
C utusan
D siasatan
0 comments:
Post a Comment