Taman Buaya Melaka mempunyai kira-kira 100 spesies buaya dari
serata dunia yang dipelihara dalam suasana yang hampir menyamai habitat
semulajadi mereka.Pengunjung juga boleh menyaksikan persembahan dan pertunjukan
yang dipersembahkan oleh penjaga buaya ini pada setiap hari Sabtu. Pertunjukan
yang mendebarkan ini pasti akan membuatkan anda tidak senang duduk.
Tarikan terbaru di Taman Buaya yang menjadi salah satu
tarikan utama kepada pengunjung ialahTaman Permainan Air . Terbuka kepada semua dan ia mempunyai
keluasan 6000 kaki per segi dan kedalaman diantara 1.5' dan 2.5'.Tarikan
lain di taman ini termasuklah rumah hantu dan pelbagai kemudahan rekreasi yang
lain.
0 comments:
Post a Comment