Terletak di barat daya Pahang.
Tasik Bera adalah sebuah sistem tasik air tawar sepanjang 35km dan selebar 20km
yang mengalir ke Sungai Pahang melalui Sungai Bera. Ia merupakan tasik air
tawar terbesar di Malaysia yang juga unik dan terpencil . Dikelilingi hutan tanah
rendah yang kering, persekitaran tasik ini mencapai kawasan-kawasan hutan paya
gambut. Ekosistem tasik bera kaya dengan
pelbagai jenis hidupan liar dan tumbuhan dan juga menjadi tempat tinggal orang
asli suku Semelai di sekitar tanah lembap.
Waktu terbaik untuk melawat tasik
bera bergantung kepada musim hujan dan kering yang berlaku di sini, adalah
dinasihatkan supaya pengunjung datang selepas musin hujan kerana tasik ini akan
menjadi lubuk pemancing yang baik selepas hujan lebat.Musim kering berlaku
antara Februari hinggan April dan Jun hingga Ogos. Tasik ini dizahirkan oleh
pemandangan air yang didominasikan daun-daun pandanus yang mengelilingi terusan-terusan
sempit yang menghala ke tasik. Pelbagai sepsis paku pakis, anggerik dan
tumbuhan menumpang dapat dilihat di batang dan dahan pokok sementara
batangbatang berduri berlingkar di lantai hutan, berdozen periuk kera berwarna
hijau dan merah tumbuh di rimpunan “reed” dan hutan tebal di tengah tasik
0 comments:
Post a Comment