TASIK BERA



Terletak di barat daya Pahang. Tasik Bera adalah sebuah sistem tasik air tawar sepanjang 35km dan selebar 20km yang mengalir ke Sungai Pahang melalui Sungai Bera. Ia merupakan tasik air tawar terbesar di Malaysia yang juga unik dan terpencil . Dikelilingi hutan tanah rendah yang kering, persekitaran tasik ini mencapai kawasan-kawasan hutan paya gambut.  Ekosistem tasik bera kaya dengan pelbagai jenis hidupan liar dan tumbuhan dan juga menjadi tempat tinggal orang asli suku Semelai di sekitar tanah lembap.

       Waktu terbaik untuk melawat tasik bera bergantung kepada musim hujan dan kering yang berlaku di sini, adalah dinasihatkan supaya pengunjung datang selepas musin hujan kerana tasik ini akan menjadi lubuk pemancing yang baik selepas hujan lebat.Musim kering berlaku antara Februari hinggan April dan Jun hingga Ogos. Tasik ini dizahirkan oleh pemandangan air yang didominasikan daun-daun  pandanus yang mengelilingi terusan-terusan sempit yang menghala ke tasik. Pelbagai sepsis paku pakis, anggerik dan tumbuhan menumpang dapat dilihat di batang dan dahan pokok sementara batangbatang berduri berlingkar di lantai hutan, berdozen periuk kera berwarna hijau dan merah tumbuh di rimpunan “reed” dan hutan tebal di tengah tasik

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts