PENANDA WACANA


PENANDA WACANA

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di
bawah.

1 Alia mendapati dompetnya hilang. ______ dompetnya tercicir atau tersalah
letak.
A Justeru
B Mungkin
C Akhirnya
D Kemudian

2 Setelah ditanya oleh ayah, ______ abang mengaku menumbuk Alif Haikal.
A lagipun
B mungkin
C akhirnya
D kemudian

3 Nurul Aina tidak hadir ke sekolah pada hari ini. ______ dia sakit gigi.
A Lagipun
B Mungkin
C Akhirnya
D Kemudian

4 Lapan orang peserta menarik diri. ______, program lawatan itu terpaksa
dibatalkan.
A Jadi
B Justeru
C Mungkin
D Sebaliknya

5 Dato. Khir menyampaikan ucapan. ______, beliau merasmikan laman web
syarikat itu.
A Namun
B Mungkin
C Meskipun
D Seterusnya

6 Jamil belum menghantar borang penyertaan pertandingan mengarang ________
tarikh tutup semakin hampir.
A justeru
B lagipun
C namun
D walhal

7 _________ membeli kereta, memiliki basikal _____ dia tidak mampu.
A Baik .pun
B Jangankan.pun
C Walaupun.bahkan
D Walaupun.namun

8 Azah kelihatan mengantuk lagi. ____ dia menolong ibunya di warung sehingga
lewat malam.
A Kemudian
B Namun
C Mungkin
D Selain itu


Sumber   :  Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

dahiyah lyana said...

1.b
2.c
3.b
4.a
5.d
6.b
7.b
8.c

Post a Comment

Popular Posts