PENANDA WACANA
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk
mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di
bawah.
1 Alia mendapati dompetnya hilang. ______ dompetnya
tercicir atau tersalah
letak.
A Justeru
B Mungkin
C Akhirnya
D Kemudian
2 Setelah ditanya oleh ayah, ______ abang mengaku
menumbuk Alif Haikal.
A lagipun
B mungkin
C akhirnya
D kemudian
3 Nurul Aina tidak hadir ke sekolah pada hari ini. ______
dia sakit gigi.
A Lagipun
B Mungkin
C Akhirnya
D Kemudian
4 Lapan orang peserta menarik diri. ______, program
lawatan itu terpaksa
dibatalkan.
A Jadi
B Justeru
C Mungkin
D Sebaliknya
5 Dato. Khir
menyampaikan ucapan. ______, beliau merasmikan laman web
syarikat itu.
A Namun
B Mungkin
C Meskipun
D Seterusnya
6 Jamil belum menghantar borang penyertaan pertandingan
mengarang ________
tarikh tutup semakin hampir.
A justeru
B lagipun
C namun
D walhal
7 _________ membeli kereta, memiliki basikal _____ dia
tidak mampu.
A Baik .pun
B Jangankan.pun
C Walaupun.bahkan
D Walaupun.namun
8 Azah kelihatan mengantuk lagi. ____ dia menolong ibunya
di warung sehingga
lewat malam.
A Kemudian
B Namun
C Mungkin
D Selain itu
Sumber : Modul Latih tubi
Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
1 comments:
1.b
2.c
3.b
4.a
5.d
6.b
7.b
8.c
Post a Comment