Merupakan
nama kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada 1511.
Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk
membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu, sementara
mereka membina kubu utama yang digelar "A Famosa", atau secara
rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca). Kota A Famosa mengambil masa
selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai
buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota
tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.
Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque boleh dikatakan menjadi lambang
penentangan penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis membina
kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai bandar Melaka.
Kota A Famosa yang disiapkan mempunyai empat
menara, atau ketelom (bastion), dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara
tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes,
Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago.
Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi
dengan tujuh puluh meriam ke semua arah.
0 comments:
Post a Comment