Dalam
mengejar erti pembangunan kerajaan Kelantan juga tidak
pernah mengabaikan seni warisan budaya rakyat negeri ini. Sehubungan dengan
itu, Gelanggang Seni yang terletak di
Jalan Sultan Mahmud iaitu kira-kira 2 km dari pusat bandar Kota Bharu diwujudkan.
Pusat
ini sentiasa menjadi daya tarikan kepada para pelancong dan kepada anak-anak
Kelantan yang cintakan seni warisan bangsa untuk berkampung dan mempersembahkan
persembahan masing-masing. Antara persembahan yang masih digemari dan kerap
diadakan ialah dikir barat , Rebana Ubi, permainan Gasing ,
dan wau bulan. Persembahan ini diadakan pada hari Rabu setiap minggu secara bergilir-gilir.
0 comments:
Post a Comment