Selain menjadi sebuah pusat
peranginan, Cameron Highland juga terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman
seperti teh,
buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan yang bermutu tinggi dan ada yang
jarang didapati ditempat lain. Ini kerana keadaan cuaca yang sejuk dan segar
amat sesuai untuk tanaman-tanaman tertentu sahaja contohnya daun teh,
bunga-bunga seperti bunga teluki dan
buah strawberi. Tumbuhan iklim hawa
sederhana juga boleh
ditanam di kawasan ini. Di sini juga terdapat sebuah petempatan orang Melayu yang pertama di Cameron Highlands,
Kampung Taman Sedia merupakan sebuah kampung yang terletak di lembah antara Tanah Rata dan Brinchang menawarkan pakej penginapan 'Homestay'
untuk para pengunjung. Sekiranya anda berkunjung ke Cameron Highlands, Malaysia jangan lepaskan peluang untuk membeli
hasil-hasil tanaman ladang kerana harganya bukan sahaja berpatutan bahkan masih
segar kerana baru sahaja dipetik secara langsung dari ladang.
0 comments:
Post a Comment