Terletak
di pusat Bandar Bintulu, di sinilah tempat penduduk-penduduk membeli belah,
ikan-ikan yang segar serta sayuran segar yang pelbagai jenis boleh didapati di
sini. Di tingkat satu Pasar Utama ini disediakan gerai-gerai untuk menjamu
selera dengan hidangan yang lazat seperti mi laksa, mi jawa, pulut panggang, mi
kolok dan pelbagai jenis lagi masakan yang menyelerakan. Bagi menghilangkan
dahaga, anda boleh menikmati ABC (Ais Batu Campur), cendol atau teh tarik.
Bersebelahan dengan Pasar Utama ialah Pasar Tamu dengan barangan buatan tangan
penduduk tempatan daripada hasil hutan dan sayuran yang segar juga boleh
didapati. Kedua-dua pasar ini diunikkan denagn binaan yang menyerupai Terendak
dibahagian atapnya yang pasti menjadi daya tarikan sambil membeli belah
keperluan harian anda.
Sumber : Wikipedia
0 comments:
Post a Comment