Merupakan air terjun yang ketinggiannya mencecah 850
meter, terletak kira-kira 18 kilometer dari Tapah.
Dari pekan Tapah pengunjung dikehendaki mengikuti jalan Persekutuan yang
jaraknya kira-kira 13 kilometer menuju ke Pekan Cenderiang iaitu
sebuah pekan lama yang paling hampir dengan kawasan air terjun tersebut.
Selain bermandi-manda, ada juga pengunjung yang datang ke
sini mengambil kesempatan untuk berkelah, mengadakan aktiviti riadah dan lasak.
Terdapat perkampungan orang asli berhampiran dengan
kawasan rekreasi ini. Kita boleh melihat tradisi kehidupan mereka. Saling
menghormati dan mempercayai satu sama lain boleh dicontohi oleh masyarakat luar
0 comments:
Post a Comment