Pasar
Pusat yang dikenali sebagai Pasar Payang terletak di tepi Sungai Terengganu dan
merupakan salah sebuah destinasi pelancong yang paling terkenal di Kuala
Terengganu. Pasar yang terletak di dalam sebuah bangunan moden ini menawarkan
pelbagai jenis hasil kraftangan tradisional seperti batik, kain sutera,
songket, kain brocade and barangan logam serta sayur-sayuran yang segar
Pelawat
yang berkunjung ke pasar ini tentu seronok membeli barangan tempatan di sini
pada harga yang murah. Pasar ini juga merupakan tempat yang sesuai untuk
memerhati dan memahami budaya di sini sambil memerhati penduduk tempatan sibuk
membeli-belah di sini.
Sumber : wikipedia
0 comments:
Post a Comment