Nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu. Walaubagaimanapun ia telah ditukar namanya
kepada nama ini oleh Menteri Besar Kelantan iaitu Y.A.B Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat sebagai tanda penghormatan kepada kaum
Hawa, memandangkan majoriti peniaganya terdiri daripada golongan wanita. Satu
pemandangan yang unik di pasar-pasar di Kelantan ialah peniaganya yang
rata-rata terdiri daripada kaum wanita yang terkenal dengan minat berniaga . Pasar
ini mempunyai 4 tingkat dan berbentuk segi lapan. Tingkat bawah dikhususkan
untuk barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan sebagainya. Tingkat
1 pula diperuntukkan kepada barangan makanan kering seperti serunding, iaitu sejenis makanan Kelantan yang sangat
terkenal. Juga terdapat Ayam percik, ikan percik, nasi kerabu, nasi berlauk,
nasi dagang, laksam dan somtam merupakan antara makanan yang paling
"tersohor" bagi rakyat negeri Kelantan. Kuih tradisional Kelantan
seperti kuih "tahi itik, akak, jala mas, buah tanjung, serabe, tepung
pelita, dan pelbagai lagi kuih lain yang juga dijual di sini. Manakala tingkat
2 dan 3, untuk barangan bukan makanan.
sumber : Wikipedia
0 comments:
Post a Comment