AYAT SAMA MAKSUD
Pilih ayat yang sama maksud dengan
ayat yang bergaris.
1 Diana menyelesaikan
kerja yang diberikan oleh Cikgu Ali dalam masa setengah
jam sahaja.
A Semua kerja yang
diberikan oleh Cikgu Ali setengah jam yang lepas telah
disiapkan oleh Diana.
B Kerja setengah jam
itu akan diselesaikan oleh Diana seperti yang
diarahkan oleh Cikgu Ali.
C Dalam masa setengah
jam, kerja yang diberi oleh Cikgu Ali dapat
disiapkan oleh Diana.
D Kerja yang diberi
oleh Cikgu Ali telah setengah jam yang lalu disiapkan
oleh Diana.
2 Pemuda itu dilanggar
motosikal semasa dia hendak melintas jalan raya.
A Jalan raya yang
dilintasi oleh pemuda itu sering berlaku kemalangan yang
membabitkan pejalan kaki dengan
motosikal.
B Jalan raya yang
dilintasi oleh pemuda itu sering berlaku kemalangan yang
membabitkan pejalan kaki dengan
motosikal.
C Semasa pemuda itu
hendak melintasi jalan raya, dia terlanggar motosikal.
D Semasa pemuda itu
hendak melintasi jalan raya, dia dilanggar motosikal.
3 Zaman remaja
merupakan satu tempoh kehidupan yang diselubungi oleh
harapan, cabaran dan ketegangan yang
tertentu.
A Masalah ketegangan
telah menyebabkan remaja tiada harapan dan
cabaran dalam kehidupan.
B Harapan, cabaran dan
ketegangan merupakan masalah yang biasa dalam
tempoh kehidupan alam remaja.
C Remaja diselubungi
cabaran dan harapan kerana ketegangan dalam
kehidupan.
D Zaman remaja mesti
menghadapi pelbagai harapan dan cabaran yang
menyebabkan kerungsingan.
4 Akhlak yang baik
merupakan manifestasi jiwa yang murni.
A Jiwa yang murni ialah
gambaran perlakuan yang mulia .
B Jiwa yang murni
sebati dengan akhlak yang sempurna.
C Kemurnian jiwa
sentiasa bersama akhlak yang sempurna.
D Kemurnian jiwa tidak
seiring dengan perlakuan yang sempurna.
5 Dalam era ledakan
maklumat dan revolusi teknologi, keperluan untuk menuntut
ilmu sebanyak yang mungkin sudah
menjadi begitu penting.
A Ilmu tidak sepenting
ledakan maklumat untuk menjadi orang yang berjaya.
B Ilmu pengetahuan
sangat penting dalam era ledakan maklumat dan
perubahan teknologi.
C Teknologi maklumat
tidak terlalu mementingkan ilmu pengetahuan yang
banyak.
D Revolusi teknologi
dan ledakan maklumat adalah sama dengan ilmu
pengetahuan.
6 Sungai.sungai
di negara ini semakin tercemar kerana tindakan manusia yang
tidak bertanggungjawab untuk menjaga
kualiti alam sekitar.
A Manusia sentiasa
bertanggungjawab menjaga kualiti alam sekeliling agar
sentiasa bersih.
B Manusia menjadi
sangat penting apabila sungai semakin tercemar.
C Sikap manusia yang
sering mengabaikan peranan terhadap alam sekitar
telah menyebabkan sungai.sungai
sentiasa tercemar.
D Sungai merupakan
unsur alam yang paling diabaikan oleh manusia
sekarang sehingga tercemar.
7. Berkotak.kotak
ubat diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur ke kawasan pedalaman Sabah.
A Dari Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur, kotak-kotak ubat itu
dibawa ke kawasan Sabah dan
pedalamannya menaiki kapal terbang.
B Ubat-ubat itu terbang
dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
ke kawasan pedalaman Sabah.
C Ubat yang
berkotak-kotak itu dibawa dari Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur ke kawasan pedalaman
dengan kapal terbang.
D Dengan menaiki kapal
terbang, kotak.kotak ubat itu dihantar ke
pedalaman Sabah dan Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur.
8. Pertunjukan itu akan
bermula lima minit lagi tetapi penyanyi itu belum tiba jua.
A Penyanyi itu masih
belum sampai walaupun pertunjukan sudah bermula
dalam masa lima minit.
B Hanya selepas lima
minit setelah pertunjukan bermula, penyanyi itu pun
tiba .
C Setelah tiba,
penyanyi itu mendapati pertunjukan akan bermula lima minit
lagi.
D Penyanyi itu masih
belum muncul walaupun pertunjukan itu akan bermula
lima minit lagi.
0 comments:
Post a Comment