AYAT SAMA MAKSUD


AYAT SAMA MAKSUD

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris.

1 Diana menyelesaikan kerja yang diberikan oleh Cikgu Ali dalam masa setengah
jam sahaja.

A Semua kerja yang diberikan oleh Cikgu Ali setengah jam yang lepas telah
disiapkan oleh Diana.
B Kerja setengah jam itu akan diselesaikan oleh Diana seperti yang
diarahkan oleh Cikgu Ali.
C Dalam masa setengah jam, kerja yang diberi oleh Cikgu Ali dapat
disiapkan oleh Diana.
D Kerja yang diberi oleh Cikgu Ali telah setengah jam yang lalu disiapkan
oleh Diana.

2 Pemuda itu dilanggar motosikal semasa dia hendak melintas jalan raya.

A Jalan raya yang dilintasi oleh pemuda itu sering berlaku kemalangan yang
membabitkan pejalan kaki dengan motosikal.
B Jalan raya yang dilintasi oleh pemuda itu sering berlaku kemalangan yang
membabitkan pejalan kaki dengan motosikal.
C Semasa pemuda itu hendak melintasi jalan raya, dia terlanggar motosikal.
D Semasa pemuda itu hendak melintasi jalan raya, dia dilanggar motosikal.

3 Zaman remaja merupakan satu tempoh kehidupan yang diselubungi oleh
harapan, cabaran dan ketegangan yang tertentu.

A Masalah ketegangan telah menyebabkan remaja tiada harapan dan
cabaran dalam kehidupan.
B Harapan, cabaran dan ketegangan merupakan masalah yang biasa dalam
tempoh kehidupan alam remaja.
C Remaja diselubungi cabaran dan harapan kerana ketegangan dalam
kehidupan.
D Zaman remaja mesti menghadapi pelbagai harapan dan cabaran yang
menyebabkan kerungsingan.

4 Akhlak yang baik merupakan manifestasi jiwa yang murni.

A Jiwa yang murni ialah gambaran perlakuan yang mulia .
B Jiwa yang murni sebati dengan akhlak yang sempurna.
C Kemurnian jiwa sentiasa bersama akhlak yang sempurna.
D Kemurnian jiwa tidak seiring dengan perlakuan yang sempurna.

5 Dalam era ledakan maklumat dan revolusi teknologi, keperluan untuk menuntut
ilmu sebanyak yang mungkin sudah menjadi begitu penting.

A Ilmu tidak sepenting ledakan maklumat untuk menjadi orang yang berjaya.
B Ilmu pengetahuan sangat penting dalam era ledakan maklumat dan
perubahan teknologi.
C Teknologi maklumat tidak terlalu mementingkan ilmu pengetahuan yang
banyak.
D Revolusi teknologi dan ledakan maklumat adalah sama dengan ilmu
pengetahuan.

6 Sungai.sungai di negara ini semakin tercemar kerana tindakan manusia yang
tidak bertanggungjawab untuk menjaga kualiti alam sekitar.

A Manusia sentiasa bertanggungjawab menjaga kualiti alam sekeliling agar
sentiasa bersih.
B Manusia menjadi sangat penting apabila sungai semakin tercemar.
C Sikap manusia yang sering mengabaikan peranan terhadap alam sekitar
telah menyebabkan sungai.sungai sentiasa tercemar.
D Sungai merupakan unsur alam yang paling diabaikan oleh manusia
sekarang sehingga tercemar.

7. Berkotak.kotak ubat diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur ke kawasan pedalaman Sabah.

A Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, kotak-kotak ubat itu
dibawa ke kawasan Sabah dan pedalamannya menaiki kapal terbang.
B Ubat-ubat itu terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
ke kawasan pedalaman Sabah.
C Ubat yang berkotak-kotak itu dibawa dari Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur ke kawasan pedalaman dengan kapal terbang.
D Dengan menaiki kapal terbang, kotak.kotak ubat itu dihantar ke
pedalaman Sabah dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

8. Pertunjukan itu akan bermula lima minit lagi tetapi penyanyi itu belum tiba jua.

A Penyanyi itu masih belum sampai walaupun pertunjukan sudah bermula
dalam masa lima minit.
B Hanya selepas lima minit setelah pertunjukan bermula, penyanyi itu pun
tiba .
C Setelah tiba, penyanyi itu mendapati pertunjukan akan bermula lima minit
lagi.
D Penyanyi itu masih belum muncul walaupun pertunjukan itu akan bermula
lima minit lagi.


Sumber   :   Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts