KATA HUBUNG
Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan:
§
perkataan dengan perkataan;
§
rangkai kata dengan rangkai kata; dan
§
ayat dengan ayat.
Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:
Kata hubung ini menghubungkan klausa utama dengan
klausa klausa pancangan (kecil). Hubungan ini menggunakan kata hubung yang.
Contoh ayat:
·
Pelajar yang berjaya itu diberi hadiah.
·
Budak yang sedang membaca itu adik perempuan saya.
·
Buku yang dikarang oleh Ahmad itu buku sejarah.
Kata hubung ini menghubungkan satu klausa sebagai
komplemen pada satu klausa utama. (Komplemen bermaksud pelengkap). Jadi, klausa
klausa pancangan komplemen itu melengkapkan klausa utama. Kata hubung yang
berperanan begitu ialah bahawa dan untuk.
Contoh ayat:
·
Guru tahun enam itu menyatakan bahawa semua muridnya
mendapat enam A.
·
Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad adalah ahli
perniagaan besar.
·
Kerajaan membuat jambatan untuk rakyat melintas sungai.
kata hubung pancangan keterangan menghubungkan
klausa keterangan kepada klausa utama. -Kata hubung itu ialah kerana,
agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau, andaikata, kendatipun,
hingga, jika, jikalau, semasa, sementara, setelah, sewaktu, sekiranya, ketika,
tatkala, walaupun, dan sesungguhnya.
Contoh ayat:
·
Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat
·
Saya berkawan dengannya semenjak kecil
0 comments:
Post a Comment