Merupakan
salah satu pantai yang terkenal di negeri Kelantan, Malaysia. Ia terletak kira-kira 10 km dari Kota Bharu dan merupakan kawasan pendaratan
tentera Jepun untuk menyerang British pada 8 Disember 1941. Pada suatu ketika,
pantai ini dinamakan Pantai Cinta
Berahi, suatu nama yang dikatakan diberi oleh seorang askar British ketika
dia di pantai ini pada masa perang dunia ke 11. Pada masa itu, askar tersebut sedang menderita kerana cintanya
tidak berbalas. Sesetengah orang tempatan masih menggunakan nama lama ini pada
hari ini, walaupun mereka lebih suka merujuk kepada pantai ini sebagai PCB.
Persisiran
pantai ini adalah sejauh 1.2 kilometer. Pantai ini terkenal kerana
kawasannya panjang dan lebar, dengan pasir yang cantik dan air yang jernih.
Deretan pokok ru dan pokok kelapa pula menambahkan lagi kecantikan
pantai ini. Oleh itu Pantai Cahaya Bulan telah menjadi tempat perkelahan yang
popular di kalangan keluarga-keluarga tempatan, khususnya pada hujung minggu.
Pantai ini lengkap dengan kemudahan untuk para pengunjung, terdapat pilihan
hotel, chalet, kawasan perkhemahan, kedai makan dan gerai, dan tandas awam.
Perjalanan ke
pantai ini dari Kota Bharu akan membawa pengunjung melalui satu pekan Melayu tradisional . Ini adalah
kawasan kraftangan yang penting di negeri untuk pencetakan batik , penenunan songket ,
dan pembuatan layang-layang serta loyang.
0 comments:
Post a Comment