PERIBAHASA
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan
yang paling sesuai.
1 Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat
khabar ataupun majalah
kerana dia _______________.
A buta hati
B buta huruf
C buta kayu
D buta gaji
2 Tan Lean Keong tidak mempunyai kakak dan adik. Oleh
sebab itu dia dianggap
___________________ .
A anak buah
B anak emas
C anak tunggal
D anak bongsu
3 Semasa menaiki pesawat ke Kota Kinabalu, adik tidak
henti-henti berbual
kerana adik ___________________.
A otak cair
B otak udang
C mulut murai
D mulut tempayan
4 Kunding mengambil sekeping roti berkrim sebagai _______________
sebelum
pergi ke sekolah.
A alas perut
B ikat perut
C perut busuk
D perut kosong
5 Kesemua _______________ Tuan Haji Azhar dan Puan Hajah
Azilah sudah
mendirikan rumah tangga.
A anak tut
B anak tiri
C anak bini
D anak beranak
6 Azizi dan anak-anaknya ______________ kerana sebaik
sahaja mereka sampai
jamuan mula dihidang.
A langkah kanan
B langkah bendul
C langkah seribu
D langkah kiri
7 Puan Basrah masih ________________ meneruskan
perniagaan suaminya
walaupun tidak mendapat sokongan daripada anak-anaknya.
A geli hati
B makan hati
C cekal hati
D isi hati
8 Semua barang itu dijual dengan __________________ dalam
Pameran Jom
Heboh.
A harga diri
B harga mati
C tanda mata
D tanda harga
Sumber : Modul Latih tubi Tatabahasa
: Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
0 comments:
Post a Comment