Muzium Negeri ini boleh dijadikan perhentian
pertama anda sebaik sahaja tiba di Seremban. Tidak sukar mencari muzium ini
kerana ia merupakan sebuah bangunan yang menonjolkan ciri-ciri Minang kabau.
Bumbungnya kelihatan seperti tanduk kerbau. Bangunan muzium yang dikenali
sebagai Teratak Perpatih ini terletak di Jalan Sungai Ujong. Dengan mengunjungi
muzium ini, anda akan lebih jelas tentang corak pemerintahan Beraja di Negeri
Sembilan. Ia unik kerana satu-satunya negeri yang mengamalkan Adat Perpatih.
Antara tarikan utama muzium ini ialah Galeri Setem dan Filateli, Galeri Monumen
dan Tapak Tanah Bersejarah Negeri Sembilan, Rumah Contoh Negeri Sembilan dan
Pameran Pra-Sejarah.
0 comments:
Post a Comment