MUZIUM NEGERI SENI BUDAYA




Muzium Negeri ini boleh dijadikan perhentian pertama anda sebaik sahaja tiba di Seremban. Tidak sukar mencari muzium ini kerana ia merupakan sebuah bangunan yang menonjolkan ciri-ciri Minang kabau. Bumbungnya kelihatan seperti tanduk kerbau. Bangunan muzium yang dikenali sebagai Teratak Perpatih ini terletak di Jalan Sungai Ujong. Dengan mengunjungi muzium ini, anda akan lebih jelas tentang corak pemerintahan Beraja di Negeri Sembilan. Ia unik kerana satu-satunya negeri yang mengamalkan Adat Perpatih. Antara tarikan utama muzium ini ialah Galeri Setem dan Filateli, Galeri Monumen dan Tapak Tanah Bersejarah Negeri Sembilan, Rumah Contoh Negeri Sembilan dan Pameran Pra-Sejarah.  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts