KATA KERJA
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan
yang paling sesuai.
1 Amir ________kesakitan apabila doktor mencuci lukanya.
A merintih
B mengeluh
C mengenang
D mengerang
2 Badan Nabilah__________kerana ketakutan.
A menggeliat
B menggeletar
C menggelupur
D menggelepar
3 Pengemis itu ___________oleh pekerja restoran tersebut.
A dihalang
B dibuang
C dihalau
D ditindas
4 Mak Cik Hasnah sedang ___________bawang di dapur.
A menumbuk
B mengetuk
C memukul
D memalu
5 Ibu ____________kelapa untuk mendapatkan santannya.
A memicit
B melenyek
C memerah
D menindih
6 Anak ayam lari bertempiaran apabila seekor helang cuba
____________.
A merenggut
B menyambar
C merampas
D mengambil
7 Persatuan Seni Lukis Sekolah Kebangsaan Seri Langkap akan
______pameran
lukisan.
A melaksanakan
B menjalankan
C mengadakan
D melahirkan
8 Kampung Berlian dan Kampung Permata _________oleh
sebatang sungai.
A terbelah
B terpisah
C terpecah
D terbahagi
Sumber : Modul Latih tubi
Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
0 comments:
Post a Comment