Poring Hot Spring terletak kira-kira 40 km di timur
laut pusat Taman Kinabalu. Poring bagi KadazanDusun merupakan sejenis spesies
pokok Buluh yang tumbuh di kawasan itu. Ia terkenal kerana kolam air panas dan
jambatan gantungnya yang unik.
Kolam air panas Poring
dikenali kerana air panasnya mengandungi galian sulfur yang boleh menyegarkan
badan. Kolam air panas semulajadi ini amat sesuai bagi menghilangkan rasa penat
dan juga sakit sendi bagi mereka yang telah mendaki Gunung Kinabalu.
Para pelancong juga berpeluang
menikmati pemandangan yang indah apabila menyusuri jambatan gantung sepanjang 157.8 m dengan ketinggian 41 meter di atas
pokok. Terdapat juga Taman Kupu-Kupu dan Pusat Pemuliharaan Orkid di sini.
0 comments:
Post a Comment