KATA ADJEKTIF
Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.
1 Kaki Pak Senin digigit pacat, darah __________ meleleh di
kakinya.
A cair
B putih
C pekat
D merah
2 Semua seluarnya sudah menjadi __________ kerana badannya
sudah berisi.
A ketat
B besar
C singkat
D longgar
3 Buah-buahan tempatan sungguh ______________ dan
berpatutan pula harganya.
A kelat
B enak
C manis
D masam
4 Abdul Halim sedang mengasah sabit kelapa sawit itu kerana
sudah __________.
A tajam
B kasar
C kesat
D tumpul
5 Air sungai itu __________ kerana sampah sarap dibuang ke
dalamnya.
A jernih
B hitam
C kotor
D bersih
6 Pengawas lelaki itu sering membawa buku __________ di
dalam poket bajunya.
A kecil
B tebal
C besar
D panjang
7 Cuaca malam ini __________ kerana petang tadi hujan turun
dengan lebatnya.
A sejuk
B damai
C panas
D nyaman
8 Udara di Calet Air Panas, Pengkalan Hulu itu sungguh
__________.
A baik
B cergas
C nyaman
D indah
Sumber : Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan
Pelajaran Perak
0 comments:
Post a Comment