ZOO MELAKA



Zoo Melaka, yang terletak di Ayer Keroh, adalah salah satu tempat tarikan utama pengunjung berikutan kedudukannya yang strategik, iaitu di Lebuh Ayer Keroh, jalan utama yang menghubungkan Melaka dengan Lebuhraya Utara-Selatan. Zoo ini dianggap sebagai salah sebuah zoo yang tertua di Malaysia dan ianya menjadi kediaman pelbagai spesies binatang yang kini diancam kepupusan

Antara binatang yang boleh didapati di zoo ini termasuklah Panda Merah, binatang dari keluarga panda tetapi berlainan dari panda yang sering dikaitan dengan simbol negara China. Selain dari menyaksikan binatang yang dikurung di dalam kandang, pengunjung juga boleh menikmati keseronokan menaiki gajah atau kuda, yang mana sering menjadi kegemaran pengunjung muda zoo 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts