FORMAT BAHARU UPSR 2016
Formula Ulasan Nilai
8:55 pm |
Kata bantu
|
Nilai
|
Watak
|
Huraian
|
Penanda wacana
|
Perlu
|
|
|
|
Selain itu,
|
Mesti
|
|
|
|
Disamping itu
|
hendak
|
|
|
|
Seterusnya
|
Harus
|
|
|
|
Akhirnya
|
patut
|
|
|
|
|
LATIHAN ULASAN NILAI
Tulis lima nilai murni yang terdapat dalam puisi di bawah ini. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Dengarlah rakanku sekalian,
Usah kalian leka bermain
Membuang masa tanpa haluan
Kelak nanti kesal kemudian
Rajin kalian membaca buku
Anggap buku sebagai guru
Guru yang memberikan ilmu
Supaya sejahtera hidupkamu
Tekunlah belajar dari sekarang
Sikap positif jadikan pegangan
Agar hidup menjadi senang
Dapat berbakti kepada orang
Jika jemu kita juga yang rugi
Masa berlalu tak dapat dicari
Hampa dan kecewa rasa dihati
Nasib malang menimpa diri
Kalau ilmu sudah penuh di dada
Di mana-mana sahabat pun ada
Melimpah rezeki sebagai tanda
Semua orang memandang mulia.
SENARAI NILAI MURNI
RAJIN
|
Mengulang kaji pelajaran/mengemas rumah /buat
kerja rumah /buat jadual waktu belajar /menyiapkan kerja sekolah /buat latihan
|
|
TOLONG-MENOLONG
|
MEMBANTU ibu pergI ke kedai/membasuh
pinggan/ mengajar rakan/memberi derma/ tolong guru di sekolah
|
|
BEKERJASAMA
|
bergotong-royong / bermain dgn.
bersungguh-sungguh/ bermuafakat/berbincang/berganding bahu bahu/berpadu tenaga/bersama-sama/bergilir-gilir/bersepakat
|
|
Memaafkan kesalahan /menolong orang /menghulurkan
derma /belanja kawan makan /tidak berdendam
|
||
PEMURAH/
MURAH
HATI
|
Memberi hadiah/menghulurkan derma/belanja kawan
makan/menolong/membantu/berkongsi
|
|
bercakap benar/mengakui kesalahan/tidak mengambil
harta benda orang/memulangkan/menyerahkan/mengembalikan
|
||
AMANAH
|
melakukan
tugas yang diberi oleh guru/ ibu bapa/menyimpan rahsia/wang yang
diamanahkan
|
|
RELA/SANGGUP BERKORBAN
|
Menawarkan
diri untuk melakukan sesuatu perkara/ secara
sukarela
|
|
MENGHARGAI MASA
|
Bangun awal/ membaca buku/mengulang kaji pelajaran
/mengemas rumah/buat kerja rumah/buat jadual waktu belajar/menyiapkan kerja
sekolah/buat latihan
|
|
MENGHARGAI / MEMBALAS JASA
|
Mengucapkan
terima kasih/memuji kebaikan/
memberikan
hadiah/memberikan ganjaran/duit
|
|
PRIHATIN
|
Menolong orang/menghulurkan bantuan/menderma
/menyumbang/mengutip sampah di atas lantai/menegur
|
|
BERDISIPLIN
|
Mengenal
diri dengan cara menerima dan mematuhi
peraturan dan undang-undang.
|
|
MENJAGA KEBERSIHAN
|
Menjaga kebersihan diri/rumah/sekolah/alam
sekitar/menebas rumput/membakar sampah
|
|
MENJAGA KESIHATAN
|
Makan
makanan berkhasiat/ makanan seimbang/bersukan/berjoging/
bermain
badminton
|
|
MENJAGA KESELAMATAN
|
Berhati-hati/memeriksa kenderaan/memandang ke
kiri dan kanan/memakai topi keledar
|
|
SEMANGAT PATRIOTIK
|
Berdiri
apabila mendengar lagu Negaraku/
melawat
Tugu Negara/tempat bersejarah
|
|
TABAH/SABAR/
CEKAL
|
Tidak
kecewa dengan kematian/kesusahan/
dugaan/diejek/dihina/dibuli
|
|
PERAMAH/MUDAH MESRA
|
Bertanya khabar/menyapa kawan
|
|
IKHLAS
|
Menolak ganjaran/pemberian/melakukan sesuatu
tanpa mengharapkan balasan
|
|
KASIH SAYANG/ SIMPATI
|
Memeluk anak/cucu kerana lama tak jumpa/
menghulurkan derma kepada orang miskin
|
|
RASIONAL
|
Melakukan sesuatu setelah memikirkan kebaikannya
|
|
TAAT / PATUH
|
Mengikut
arahan/nasihat ibu bapa/guru
Mengikut
peraturan
|
|
SEMANGAT
BERMASYARAKAT
/
KEJIRANAN
|
Gotong-royong
kenduri / ziarah jiran sakit
Ziarah
kematian – ucap takziah
Beri
makanan kepada jiran / tolong jiran
|
|
BERTANGGUNG
JAWAB
|
Memulangkan harta benda orang / melaksanakan tugas
/ menegur perbuatan negatif
|
|
BERDIKARI
|
Membuat sesuatu perkara sendiri tanpa mengharapkan
orang lain/gosok baju/basuh kasut
|
|
KEBEBASAN
|
Mengeluarkan pendapat dalam perbincangan,
mencadangkan sesuatu
|
|
BERSIKAP SEDERHANA
|
Merendah diri/tidak sombong/tidak
bermegah-megah/berkongsi kejayaan dengan ibu bapa/guru
|
|
BIJAKSANA /
BIJAK BERFIKIR /
BIJAK
MEMBUAT KEPUTUSAN
|
Bertindak dengan bijak / melakukan sesuatu
setelah berfikir.
|
|
BERWAWASAN / BERCITA-CITA TINGGI / BERJIWA BESAR
|
Ingin berjaya dalam hidup / ingin mengubah nasib
keluarga / melanjutkan pelajaran ke menara gading/ ingin menjadi doktor
|
|
DEDIKASI |
Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga
dalam melakukan sesuatu yang berfaedah / bekerja dengan bersunggguh-sungguh
|
|
BERDIKARI
|
Membuat sesuatu perkara sendiri tanpa
mengharapkan orang lain/gosok baju/basuh kasut
|
|
BERTOLERANSI / BERTOLAK ANSUR
|
Memaafkan kesalahan orang / bagi pinjam pensel
kepada kawan/ tidak berasa marah atas tindakan rakan / tidak mengambil hati
|
NILAI MURNI ( BAHAGIAN C )
PANDUAN MEMBINA ULASAN NILAI MURNI
Membaca Petikan
- Baca arahan dan petikan dengan teliti untuk mendapatkan idea keseluruhan
- Garisi kunci soalan yang terdapat dalam arahan soalan. antara kunci soalan termasuklah nilai murni, pengajaran, amalan baik, kebaikan-kebaikan dan faedah-faedah.
- Kemudian kenal pasti isi-isi atau idea-idea yang terdapat dalam petikan tersebut.
- cari pernyataan isi yang terdapat dalam petikan, biasanya pernyataan isi terdiri daripada perkataan, rangkai kata atau satu ayat yang boleh membawa maksud.
- Tukarkan pernyataan isi kepada niilai atau pengajaran berdasarkan kehendak soalan
- Gunakan penanda wacana dan kata penegas yang sesuai untuk menghubungkaitkan ayat
CONTOH :
Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah ini. panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan
Imran berjanji kepada dirinya akan belajar bersungguh-sungguh. Kegagalannya untuk masuk ke kelas Tahun Enam Bestari iaitu kelas yang pertama tidak mematahkan semangatnya. Dia yakin bahawa dia akan berjaya dengan cemerlang dalam UPSR hujung tahun nanti.
Oleh itu, Imran bertekad untuk membaiki kelemahan dan menebus kesilapan yang telah dilakukannya. Sejak awal tahun lagi, Imran sudah membuat persiapan. Dia mengulangkaji pelajaran tahun empat dan tahun lima. Dia turut membuat latihan serta mencuba menjawab soalan-soalan peperiksaan UPSR. Dia tidak malu untuk bertanya kepada guru jika dia kurang memahami sesuatu pelajaran atau menghadapi masalah.
Selain itu, Imran dan rakan-rakannya menubuhkan kumpulan belajar. Mereka sering mengadakan perbincangan tentang sesuatu pelajaran. Mereka turut menjawb soalan-soalan peperiksaan UPSR pada tahun sebelumnya. Melalui perbincangan ini Imran dan rakan-rakanya dapat memahami setiap pelajaan diajarkan dengan mendalam lagi. Disamping itu, mereka yang mahir tentang sesuatu pelajaran dapat membantu rakan yang lemah. Pada masa lapang,Imran akan berkunjung ke perpustakaan untuk mengulangkaji pelajaran atau membuat rujukan.
5 pengajaran yang diperoleh daripada petikan
- berazam
- berkeyakinan
- tekun
- menghargai masa
- bekerjasama
Contoh Jawapan
Kita hendaklah berazam untuk belajar bersungguh-sungguh. Malah keazaman yang disertakan dengan keyakinan akan dapat memantapkan uasaha kita lagi. Kita tidak haruslah berputus asa apabila menghadapi kegagalan. sebaliknya, kita haruslah berusaha dengan tekun untuk berjaya. Selain itu, kita haruslah menghargai masa dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah seperti berkunjung ke perpustakaan.Kita sewajarnya mengamalkan semangat bekerjasama seperti belajar secara kumpulan akan memupuk sikap kerjsama antara satu sama lain.
CONTOH LAPORAN
Laporan pertandingan Menulis Cerita Anjuran
Persatuan Bahasa Melayu
Sekolah Kebangsaan Setia Jaya 2010
Persatuan Bahasa Melayu
Sekolah Kebangsaan Setia Jaya telah menganjurkan pertandingan menulis cerita
bermula awal bulan Mei hingga pertengahan bulan Jun yang lalu. Pertandingan ini
terbuka kepada murid-murid tahun dua hinggan tahun enak di sekolah ini. Pertandingan
dibahagikan kepada dua kategori iaitu hatap 1 dan tahap 2.
Tujuan pertandingan ini
diadakan adalah untuk mencungkil
bakat-bakat penulisan cerita dalam kalangan murid-murid. Selain itu,
pertandingan ini dapat menanamkan murid-murid terhadap Bahasa Melayu.
Murid-murid bebas
menulis seberapa banyak cerita tetapi mentilah menggunakan boring yang
dikeluarkan oleh Persatuan Bahasa Melayu. Setiap cerita yang ditulis mestilah
tidak melebihi 1500 patah perkataan.
Pemenang pertama
kategori tahap 1 dimenangi oleh Muhamad Nur Zaidi bin Mokhtar dengan ceritanya
yang bertajuk “ Cita-cita Saya” pemenang kedua dimenangi oleh Nur Afra Damia bt Mohd Shazali
dan pemenang ketiga Anuar bin Idris.
Pemenang kategori tahap 2 ialah Adriana bt Nordin
dengan ceritanya yang bertajuk “Sehari di Bukit Merah”, manakala ditempat kedua
jatuh kepada Muhamad Danish b Zakaria. Tempat ketiga pula dimenangioleh Ahmad
Mikail bin Mazlan .
Hadiah-hadiah terdiri
daripada buku-buku cerita dan alat tulis. Hadiah telah disampikan oleh Guru
Besar semasa perhimpunan sekolah pada 7
Julai 2010.
Laporan disediakan oleh, 10
JULAI 2010
Juliana
JULIANA BINTI ROSLAN
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu.
LAPORAN
LAPORAN
1.
Laporan ditulis berdasarkan pengalaman,
berkaitan aktiviti persatuan, lawatan, kemalangan dan sebagainya mengikut
kehendak soalan.
2.
Isi-isi ditulis hendaklah berkaitan dengan tajuk
dan memberi gambaran tempat secara jelas.
3.
Laporan perlu mempunyai masa, tempat, tarikh,
pengalaman dan pelapor.
4.
Nama ahli jawatankuasa perlu ditulis sekiranya
laporan berbentuk minit mesyuarat.
FORMAT KARANGAN
1.
Tajuk laporan mestilah ditulis dengan huruf
besar bagi setiap pangkal perkataan dan digariskan.
2.
Sekiranya menulis laporan persatuan, nama
ahli-ahli jawatankuasa perlu ditulis sebelum isi laporan
3.
Murid-murid perlu menyatakan masa, tarikh,
tempat dan pengalaman semasa terlibat.
4.
Nama ( huruf besar ) tandatangan, jawatan, pelapor, dan kelab/persatuan, perlu ditulis.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
CONTOH SURAT KIRIMAN RASMI Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Seri Baiduri, Taman Seri Baiduri, 53000 Kuala...
-
288 Kampung Setia, Jalan Setia 24, 17859 Machang, Kelantan. 18 Jun 2010. ...
-
Bil Nilai Perbuatan / aktiviti / tindakan / frasa 1 RAJIN Mengulang kaji pelajaran/mengemas rumah /buat k...
-
PANDUAN MEMBINA ULASAN NILAI MURNI Membaca Petikan Baca arahan dan petikan dengan teliti untuk mendapatkan idea keseluruhan Gar...
-
SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI 1. Surat kiriman tidak rasmi merupakan surat yang bersifat peribadi dan ditulis kepada keluarga, sahabat...
-
Tulis lima nilai murni yang terdapat dalam puisi di bawah ini. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tu...
-
Laporan pertandingan Menulis Cerita Anjuran Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Setia Jaya 2010 Persatuan Bahasa Melayu Sekola...
-
LAPORAN 1. Laporan ditulis berdasarkan pengalaman, berkaitan aktiviti persatuan, lawatan, kemalangan dan sebagainya mengikut kehe...
-
Selain menjadi sebuah pusat peranginan, Cameron Highland juga terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh , buah-buahan, say...
-
SURAT KIRIMAN RASMI 1. Surat kiriman rasmi ditulisnuntuk tujuan rasmi dengan menggunakan bahasa yang baik dan bukan bahasa kiasan...