CONTOH SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI


288 Kampung Setia,
Jalan Setia 24,
17859 Machang,
Kelantan.

18 Jun 2010.
                                                                                                                        
Menemui nenda yang berada di kampung, semoga sihat hendaknya. Kami disini sihat sejahtera. Kami berharap nenda juga begitu.
Nenda,
                Kami sekeluarga di sini memohon berbanyak kemaafan kerana tidak dapat pulang ke kampong pada cuti persekolahan yang akan datang. Kami terpaksa memungkiri  janji kami sebelum ini kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Sekolah cucunda akan menghadapi Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah.
                Untuk pengetahuan nenda, cucunda merupakan salah seorang peserta pertandingan tersebut dan pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk mengadakan latihan sepanjang cuti sekolah berlangsung. Kejohanan sukan ini amat penting untuk mengukur kebolehan cucunda dan cucunda mesti mengikuti latihan yang telah dijadualkan.
                Walaupun anda amat teringin untuk pulang berjumpa nenda namun cucunda terpaksa memilih untuk mengikuti latihan tersebut. Cucunda berharap agar kami sekeluarga dapat pulang ke kampung pada masa yang lain. Besar kemungkinan kami akan pulang pada cuti hujung minggu selepas kejohanan itu berakhir. Kami tidak sabar untuk bertemu nenda kerana sudah lama tidak bersua muka.
                Kami sekeluarga juga berharap agar nenda tidak kecewa dengan berita ini. Cucunda yakin nenda dapat memahami keadaan cucunda. Doakan kejayaan cucunda dalam kejohanan tersebut. Mudah-mudahan cucunda berjaya terplih mewakili negeri ke peringkat kebangsaan pula.
                Sekian, salam sayang daripada kami di sini.
                                                                                                                                                              
                                                                                 Yang Ikhlas
                                                                                    Azharaudin

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI


SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI

1.    Surat kiriman tidak rasmi merupakan surat yang bersifat peribadi dan ditulis kepada keluarga, sahabat handai, saudara mara dan sahabat pena
2.       Biasanya surat kriman tidak rasmi mengandungi nama dan alamat pengirim, tarikh, pendahuluan surat, kata ganti nama, pesanan dan tandatangan.

FORMAT KARANGAN

1.       Alamat pengirim perlu ditulis di sebelah kanan
2.       Tarikh surat ditulis dengan kecil  ( 4 Mei 2010 )
3.       Mempunyai pendahulaun surat ( bertanya khabar )
4.       Kata ganti nama perlu ditulis selepas pendahuluan
5.       Isi surat ditulis dengan beberapa perenggan
6.       Menulis penutup surat ( harapan, pesanan, ucapan terima kasih )
7.       Tandatangan pengirim diletakkan di sebelah kanan dan tidak perlu menulis nama pengirim



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CONTOH SURAT KIRIMAN RASMI


CONTOH  SURAT KIRIMAN  RASMI

Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan  Seri  Baiduri,     
Taman Seri Baiduri,
53000 Kuala Lumpur.
________________________________________________________________________________
Tuan Pengurus,
Syarikat Percetakan  Intan,
¾ Jalan Arowana                               
56100 Cheras,
Kuala Lumpur                                                                                                           8 Julai 2010

Tuan,
Memohon Kebenaran Melawat Kilang Percetakan Intan.                                         
Merujuk kepada perkara diatas, persatuan kami ingin memohon kebenaran mengadakan lawatan sambil belajar ke kilang percetakan tuan. Lawatan ini bertujuan untukmenambahkan  pengetahuan kami tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan percetakan.

2.   Lawatan ini akan diadakan pada 19 September 2010 bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Ahli rombongan terdiri daripada 40 orang murid serta diiringi oleh 4 orang guru pengiring.

3.  Saya berharap pihak tuan dapat meluluskan permohonan kami dan memberikan jawapapan penerimaan kunjungan kami .  Kerjasama dan daripada pihak tuan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

………Zuraiti………….
( Zuriati binti Zainal )
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu
Sekolah Kebangsaan  Seri  Baiduri.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SURAT KIRIMAN RASMI


SURAT KIRIMAN RASMI
1.       Surat kiriman rasmi ditulisnuntuk tujuan rasmi dengan menggunakan bahasa yang baik dan bukan bahasa kiasan
2.       Surat kiriman rasmi biasanya ditulis untuk membuat permohonan pesanan, rayuan, aduan, dan sebagainya
3.       Karangan jenis ini merupakan karangan berformat dan tanda baca amat penting untuk diberikan perhatian semasa menulis karangan
FORMAT KARANGAN
1.       Nama Jawatan / kelan dan alamat pengirim ditulis dengan jelas di sebelah kiri
2.       Satu garisan panjang ( melintang ) perlu dibuat selepas nama dan alamat pengirim
3.       Nama dan alamat penerima ditulis langkau sebaris daripada garisan. Kedudukan nama dan alamat adalah di sebelah kiri dan baris terakhir alamat penerima perlu digaris
4.       Tarikh ditulis dengan huruf besar dan diakhiri dengan tanda nokhtah. Kedudukan tarikh adalah di sebelah kanan surat dan selari dengan baris terakhir alamat penerima
5.       Kata ganti nama seperti Tuan/ Puan/ Cik/ Encik perlu ditulis dan diakhiri dengan tanda koma sebelum menulis  tajuk / tujuan surat.
6.       Tajuk / tujuan surat ditulis dan perlu digariskan
7.       Penutup ditulis dengan ucapan terima kasih
8.       Tandatangan, nama ( ditulis dengan huruf besar ) dan jawatan ditulis di bahagian kiri surat.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SURAT KIRIMAN RASMI


LATIHAN SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI
Soalan
Pada cuti sekolah yang lalu, kamu dan keluarga telah bercuti ke negeri Terengganu, Tulis sepucuk surat kepada kawan kamu bagi menceritakan tempat-tempat menarik yang telah kamu lawati.
                                                                                                                                ____________________________
                                                                                                                                _____________________________
                                                                                                                                _____________________________

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
                _________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
                _________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
                _________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
                _________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
                ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
                                                                                                               Yang benar, 

                                                                                                                                                                _______________________
                                                                                                                                                              ( Tandatangan / nama )

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PERIBAHASA



Sumber  : ASPATI ANIMATION STUDIO

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KATA HUBUNG


KATA HUBUNG
Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan:
§  perkataan dengan perkataan;
§  rangkai kata dengan rangkai kata; dan
§  ayat dengan ayat.
Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:
Kata hubung ini menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil). Hubungan ini menggunakan kata hubung yang.
Contoh ayat:
·         Pelajar yang berjaya itu diberi hadiah.
·         Budak yang sedang membaca itu adik perempuan saya.
·         Buku yang dikarang oleh Ahmad itu buku sejarah.
Kata hubung ini menghubungkan satu klausa sebagai komplemen pada satu klausa utama. (Komplemen bermaksud pelengkap). Jadi, klausa klausa pancangan komplemen itu melengkapkan klausa utama. Kata hubung yang berperanan begitu ialah bahawa dan untuk.
Contoh ayat:
·         Guru tahun enam itu menyatakan bahawa semua muridnya mendapat enam A.
·         Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad adalah ahli perniagaan besar.
·         Kerajaan membuat jambatan untuk rakyat melintas sungai.
kata hubung pancangan keterangan menghubungkan klausa keterangan kepada klausa utama. -Kata hubung itu ialah kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau, andaikata, kendatipun, hingga, jika, jikalau, semasa, sementara, setelah, sewaktu, sekiranya, ketika, tatkala, walaupun, dan sesungguhnya.
Contoh ayat:
·         Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat
·         Saya berkawan dengannya semenjak kecil


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Popular Posts