KATA NAMA AM
Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk
menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang
tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya secara
umum seperti dalam contoh di bawah:
·
orang: ayah, polis, perempuan .
·
haiwan: ayam, itik, buaya
·
benda: televisyen, komputer, bank
·
tempat: stadium, jalan raya, pulau
Kata nama am boleh dibahagikan kepada dua iaitu konkrit dan abstrak.
Kata nama am konkrit ialah nama sesuatu yang dapat
dipegang, dirasa atau dilihat.
Kata nama am abstrak pula ialah nama sesuatu yang
hanya dibayangkan atau dikhayalkan.
Kedua kelas kata ini boleh terdiri daripada kata
dasar dan kata terbitan.
·
Contoh: buai -> buaian
Kata nama am mestilah menggunakan huruf kecil
melainkan pada awal ayat.
0 comments:
Post a Comment