LATIHAN ULASAN NILAI

Tulis lima nilai murni yang terdapat dalam puisi di bawah ini. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Dengarlah rakanku sekalian,
Usah kalian leka bermain
Membuang masa tanpa haluan
Kelak nanti kesal kemudian

Rajin kalian membaca buku
Anggap buku sebagai guru
Guru yang memberikan ilmu
Supaya sejahtera hidupkamu

Tekunlah belajar dari sekarang
Sikap positif jadikan pegangan
Agar hidup menjadi senang
Dapat berbakti kepada orang

Jika jemu kita juga yang rugi
Masa berlalu tak dapat dicari
Hampa dan kecewa rasa dihati
Nasib malang menimpa diri

Kalau ilmu sudah penuh di dada
Di mana-mana sahabat pun ada
Melimpah rezeki sebagai tanda
Semua orang memandang mulia.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SENARAI NILAI MURNI


 Bil
 Nilai
 Perbuatan  / aktiviti / tindakan / frasa
 1
RAJIN
Mengulang kaji pelajaran/mengemas rumah /buat kerja rumah /buat jadual waktu belajar /menyiapkan kerja sekolah /buat latihan

 2
TOLONG-MENOLONG
MEMBANTU ibu pergI ke kedai/membasuh pinggan/ mengajar rakan/memberi derma/ tolong guru di sekolah

 3

BEKERJASAMA
bergotong-royong / bermain dgn. bersungguh-sungguh/ bermuafakat/berbincang/berganding  bahu bahu/berpadu tenaga/bersama-sama/bergilir-gilir/bersepakat

 4
 BAIK HATI
Memaafkan kesalahan /menolong orang /menghulurkan derma /belanja kawan makan /tidak berdendam

 5
PEMURAH/
MURAH HATI
Memberi hadiah/menghulurkan derma/belanja kawan makan/menolong/membantu/berkongsi

 6
 JUJUR
bercakap benar/mengakui kesalahan/tidak mengambil harta benda orang/memulangkan/menyerahkan/mengembalikan
 7
AMANAH
melakukan  tugas yang diberi oleh guru/ ibu bapa/menyimpan rahsia/wang yang diamanahkan
 8
RELA/SANGGUP BERKORBAN
Menawarkan diri untuk melakukan sesuatu perkara/ secara sukarela

 9
MENGHARGAI MASA
Bangun awal/ membaca buku/mengulang kaji pelajaran /mengemas rumah/buat kerja rumah/buat jadual waktu belajar/menyiapkan kerja sekolah/buat latihan

 10
MENGHARGAI / MEMBALAS JASA
Mengucapkan terima kasih/memuji kebaikan/
memberikan hadiah/memberikan ganjaran/duit
 11
PRIHATIN
Menolong orang/menghulurkan bantuan/menderma /menyumbang/mengutip sampah di atas lantai/menegur

 12
BERDISIPLIN
Mengenal diri dengan cara menerima dan mematuhi  peraturan dan undang-undang.

 13
MENJAGA KEBERSIHAN
Menjaga kebersihan diri/rumah/sekolah/alam sekitar/menebas rumput/membakar sampah

 14
MENJAGA KESIHATAN
Makan makanan berkhasiat/ makanan seimbang/bersukan/berjoging/
bermain badminton

 15
MENJAGA KESELAMATAN
Berhati-hati/memeriksa kenderaan/memandang ke kiri dan kanan/memakai topi keledar

 16
SEMANGAT PATRIOTIK
Berdiri apabila mendengar lagu Negaraku/
melawat Tugu Negara/tempat bersejarah

 17
TABAH/SABAR/
CEKAL
Tidak kecewa dengan kematian/kesusahan/
dugaan/diejek/dihina/dibuli

 18
PERAMAH/MUDAH MESRA
Bertanya khabar/menyapa kawan
 19
IKHLAS
Menolak ganjaran/pemberian/melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan

 20
KASIH SAYANG/ SIMPATI
Memeluk anak/cucu kerana lama tak jumpa/ menghulurkan derma kepada orang miskin
 21
RASIONAL
Melakukan sesuatu setelah memikirkan kebaikannya

 22
TAAT / PATUH
Mengikut arahan/nasihat ibu bapa/guru
Mengikut peraturan
 23
SEMANGAT BERMASYARAKAT
/ KEJIRANAN
Gotong-royong kenduri / ziarah jiran sakit
Ziarah kematian – ucap takziah
Beri makanan kepada jiran / tolong jiran 

 24
BERTANGGUNG
JAWAB
Memulangkan harta benda orang / melaksanakan tugas / menegur perbuatan  negatif

 25
BERDIKARI
Membuat sesuatu perkara sendiri tanpa mengharapkan orang lain/gosok baju/basuh kasut

 26
KEBEBASAN
Mengeluarkan pendapat dalam perbincangan, mencadangkan sesuatu

 27
BERSIKAP SEDERHANA
Merendah diri/tidak sombong/tidak bermegah-megah/berkongsi kejayaan dengan ibu bapa/guru
 28
BIJAKSANA /
BIJAK BERFIKIR /
BIJAK MEMBUAT KEPUTUSAN
Bertindak dengan bijak / melakukan sesuatu setelah berfikir.
 29
BERWAWASAN / BERCITA-CITA TINGGI / BERJIWA BESAR
Ingin berjaya dalam hidup / ingin mengubah nasib keluarga / melanjutkan pelajaran ke menara gading/ ingin menjadi doktor
 30


DEDIKASI
Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga dalam melakukan sesuatu yang berfaedah / bekerja dengan bersunggguh-sungguh

 31
BERDIKARI
Membuat sesuatu perkara sendiri tanpa mengharapkan orang lain/gosok baju/basuh kasut

 32
BERTOLERANSI / BERTOLAK ANSUR
Memaafkan kesalahan orang / bagi pinjam pensel kepada kawan/ tidak berasa marah atas tindakan rakan / tidak mengambil hati

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

NILAI MURNI ( BAHAGIAN C )

PANDUAN MEMBINA ULASAN NILAI MURNI

Membaca Petikan


  •  Baca arahan dan petikan dengan teliti untuk mendapatkan idea keseluruhan


  • Garisi kunci soalan yang terdapat dalam arahan soalan. antara kunci soalan termasuklah nilai murni,  pengajaran, amalan baik, kebaikan-kebaikan dan faedah-faedah.


  •  Kemudian kenal pasti isi-isi atau idea-idea yang terdapat dalam petikan tersebut.


  •  cari pernyataan isi yang terdapat dalam petikan, biasanya pernyataan isi terdiri daripada perkataan, rangkai   kata atau satu ayat yang boleh membawa maksud.


  • Tukarkan pernyataan isi kepada niilai atau pengajaran berdasarkan kehendak soalan


  • Gunakan penanda wacana dan kata penegas yang sesuai untuk menghubungkaitkan ayat

CONTOH :

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah ini. panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan

Imran berjanji kepada dirinya akan belajar bersungguh-sungguh. Kegagalannya untuk masuk ke kelas Tahun Enam Bestari iaitu kelas yang pertama tidak mematahkan semangatnya. Dia yakin bahawa dia akan berjaya dengan cemerlang dalam UPSR hujung tahun nanti.
       Oleh itu, Imran bertekad untuk membaiki kelemahan dan menebus kesilapan yang telah dilakukannya. Sejak awal tahun lagi, Imran sudah membuat persiapan. Dia mengulangkaji pelajaran tahun empat dan tahun lima. Dia turut membuat latihan serta mencuba menjawab soalan-soalan peperiksaan UPSR. Dia tidak malu untuk bertanya kepada guru jika dia kurang memahami sesuatu pelajaran atau menghadapi masalah.
         Selain itu, Imran dan rakan-rakannya menubuhkan kumpulan belajar. Mereka sering mengadakan perbincangan tentang sesuatu pelajaran. Mereka turut menjawb soalan-soalan peperiksaan UPSR pada tahun sebelumnya. Melalui perbincangan ini Imran dan rakan-rakanya dapat memahami setiap pelajaan diajarkan dengan mendalam lagi. Disamping itu, mereka yang mahir tentang sesuatu pelajaran  dapat membantu rakan yang lemah. Pada masa lapang,Imran akan berkunjung ke perpustakaan untuk mengulangkaji pelajaran atau membuat rujukan.

5 pengajaran yang diperoleh daripada petikan
  1. berazam
  2. berkeyakinan
  3. tekun
  4. menghargai masa
  5. bekerjasama

Contoh Jawapan

    Kita hendaklah berazam untuk belajar bersungguh-sungguh. Malah keazaman yang disertakan dengan keyakinan akan dapat memantapkan uasaha kita lagi. Kita tidak haruslah berputus asa apabila menghadapi kegagalan. sebaliknya, kita haruslah berusaha dengan tekun untuk berjaya. Selain itu, kita haruslah menghargai masa dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah seperti berkunjung ke perpustakaan.Kita sewajarnya mengamalkan semangat bekerjasama seperti belajar secara kumpulan akan memupuk sikap kerjsama antara satu sama lain.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CONTOH LAPORAN


Laporan pertandingan Menulis Cerita Anjuran Persatuan Bahasa Melayu
Sekolah Kebangsaan Setia Jaya 2010

Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Setia Jaya telah menganjurkan pertandingan menulis cerita bermula awal bulan Mei hingga pertengahan bulan Jun yang lalu. Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid tahun dua hinggan tahun enak di sekolah ini. Pertandingan dibahagikan kepada dua kategori iaitu hatap 1 dan tahap 2.
Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk  mencungkil bakat-bakat penulisan cerita dalam kalangan murid-murid. Selain itu, pertandingan ini dapat menanamkan murid-murid terhadap Bahasa Melayu.
Murid-murid bebas menulis seberapa banyak cerita tetapi mentilah menggunakan boring yang dikeluarkan oleh Persatuan Bahasa Melayu. Setiap cerita yang ditulis mestilah tidak melebihi 1500 patah perkataan.
Pemenang pertama kategori tahap 1 dimenangi oleh Muhamad Nur Zaidi bin Mokhtar dengan ceritanya yang bertajuk “ Cita-cita Saya” pemenang kedua  dimenangi oleh Nur Afra Damia bt Mohd Shazali dan pemenang ketiga Anuar bin Idris.
Pemenang kategori tahap 2 ialah Adriana bt Nordin dengan ceritanya yang bertajuk “Sehari di Bukit Merah”, manakala ditempat kedua jatuh kepada Muhamad Danish b Zakaria. Tempat ketiga pula dimenangioleh Ahmad Mikail bin Mazlan .
Hadiah-hadiah terdiri daripada buku-buku cerita dan alat tulis. Hadiah telah disampikan oleh Guru Besar  semasa perhimpunan sekolah pada 7 Julai 2010.


Laporan disediakan oleh,                                                     10 JULAI 2010
Juliana
JULIANA BINTI ROSLAN
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LAPORAN


LAPORAN
1.       Laporan ditulis berdasarkan pengalaman, berkaitan aktiviti persatuan, lawatan, kemalangan dan sebagainya mengikut kehendak soalan.
2.       Isi-isi ditulis hendaklah berkaitan dengan tajuk dan memberi gambaran tempat secara jelas.
3.       Laporan perlu mempunyai masa, tempat, tarikh, pengalaman dan pelapor.
4.       Nama ahli jawatankuasa perlu ditulis sekiranya laporan berbentuk minit mesyuarat.

FORMAT KARANGAN

1.       Tajuk laporan mestilah ditulis dengan huruf besar bagi setiap pangkal perkataan dan digariskan.
2.       Sekiranya menulis laporan persatuan, nama ahli-ahli jawatankuasa perlu ditulis sebelum isi laporan
3.       Murid-murid perlu menyatakan masa, tarikh, tempat dan pengalaman semasa terlibat.
4.       Nama ( huruf besar ) tandatangan, jawatan, pelapor, dan kelab/persatuan, perlu ditulis.
                                                               
               


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CONTOH SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI


288 Kampung Setia,
Jalan Setia 24,
17859 Machang,
Kelantan.

18 Jun 2010.
                                                                                                                        
Menemui nenda yang berada di kampung, semoga sihat hendaknya. Kami disini sihat sejahtera. Kami berharap nenda juga begitu.
Nenda,
                Kami sekeluarga di sini memohon berbanyak kemaafan kerana tidak dapat pulang ke kampong pada cuti persekolahan yang akan datang. Kami terpaksa memungkiri  janji kami sebelum ini kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Sekolah cucunda akan menghadapi Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah.
                Untuk pengetahuan nenda, cucunda merupakan salah seorang peserta pertandingan tersebut dan pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk mengadakan latihan sepanjang cuti sekolah berlangsung. Kejohanan sukan ini amat penting untuk mengukur kebolehan cucunda dan cucunda mesti mengikuti latihan yang telah dijadualkan.
                Walaupun anda amat teringin untuk pulang berjumpa nenda namun cucunda terpaksa memilih untuk mengikuti latihan tersebut. Cucunda berharap agar kami sekeluarga dapat pulang ke kampung pada masa yang lain. Besar kemungkinan kami akan pulang pada cuti hujung minggu selepas kejohanan itu berakhir. Kami tidak sabar untuk bertemu nenda kerana sudah lama tidak bersua muka.
                Kami sekeluarga juga berharap agar nenda tidak kecewa dengan berita ini. Cucunda yakin nenda dapat memahami keadaan cucunda. Doakan kejayaan cucunda dalam kejohanan tersebut. Mudah-mudahan cucunda berjaya terplih mewakili negeri ke peringkat kebangsaan pula.
                Sekian, salam sayang daripada kami di sini.
                                                                                                                                                              
                                                                                 Yang Ikhlas
                                                                                    Azharaudin

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI


SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI

1.    Surat kiriman tidak rasmi merupakan surat yang bersifat peribadi dan ditulis kepada keluarga, sahabat handai, saudara mara dan sahabat pena
2.       Biasanya surat kriman tidak rasmi mengandungi nama dan alamat pengirim, tarikh, pendahuluan surat, kata ganti nama, pesanan dan tandatangan.

FORMAT KARANGAN

1.       Alamat pengirim perlu ditulis di sebelah kanan
2.       Tarikh surat ditulis dengan kecil  ( 4 Mei 2010 )
3.       Mempunyai pendahulaun surat ( bertanya khabar )
4.       Kata ganti nama perlu ditulis selepas pendahuluan
5.       Isi surat ditulis dengan beberapa perenggan
6.       Menulis penutup surat ( harapan, pesanan, ucapan terima kasih )
7.       Tandatangan pengirim diletakkan di sebelah kanan dan tidak perlu menulis nama pengirim



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CONTOH SURAT KIRIMAN RASMI


CONTOH  SURAT KIRIMAN  RASMI

Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan  Seri  Baiduri,     
Taman Seri Baiduri,
53000 Kuala Lumpur.
________________________________________________________________________________
Tuan Pengurus,
Syarikat Percetakan  Intan,
¾ Jalan Arowana                               
56100 Cheras,
Kuala Lumpur                                                                                                           8 Julai 2010

Tuan,
Memohon Kebenaran Melawat Kilang Percetakan Intan.                                         
Merujuk kepada perkara diatas, persatuan kami ingin memohon kebenaran mengadakan lawatan sambil belajar ke kilang percetakan tuan. Lawatan ini bertujuan untukmenambahkan  pengetahuan kami tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan percetakan.

2.   Lawatan ini akan diadakan pada 19 September 2010 bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Ahli rombongan terdiri daripada 40 orang murid serta diiringi oleh 4 orang guru pengiring.

3.  Saya berharap pihak tuan dapat meluluskan permohonan kami dan memberikan jawapapan penerimaan kunjungan kami .  Kerjasama dan daripada pihak tuan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

………Zuraiti………….
( Zuriati binti Zainal )
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu
Sekolah Kebangsaan  Seri  Baiduri.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SURAT KIRIMAN RASMI


SURAT KIRIMAN RASMI
1.       Surat kiriman rasmi ditulisnuntuk tujuan rasmi dengan menggunakan bahasa yang baik dan bukan bahasa kiasan
2.       Surat kiriman rasmi biasanya ditulis untuk membuat permohonan pesanan, rayuan, aduan, dan sebagainya
3.       Karangan jenis ini merupakan karangan berformat dan tanda baca amat penting untuk diberikan perhatian semasa menulis karangan
FORMAT KARANGAN
1.       Nama Jawatan / kelan dan alamat pengirim ditulis dengan jelas di sebelah kiri
2.       Satu garisan panjang ( melintang ) perlu dibuat selepas nama dan alamat pengirim
3.       Nama dan alamat penerima ditulis langkau sebaris daripada garisan. Kedudukan nama dan alamat adalah di sebelah kiri dan baris terakhir alamat penerima perlu digaris
4.       Tarikh ditulis dengan huruf besar dan diakhiri dengan tanda nokhtah. Kedudukan tarikh adalah di sebelah kanan surat dan selari dengan baris terakhir alamat penerima
5.       Kata ganti nama seperti Tuan/ Puan/ Cik/ Encik perlu ditulis dan diakhiri dengan tanda koma sebelum menulis  tajuk / tujuan surat.
6.       Tajuk / tujuan surat ditulis dan perlu digariskan
7.       Penutup ditulis dengan ucapan terima kasih
8.       Tandatangan, nama ( ditulis dengan huruf besar ) dan jawatan ditulis di bahagian kiri surat.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Popular Posts